Temasya Sukan Padang dan Balapan kali ke-28 SMK Bukit Garam diadakan pada 24 - 26 Februari 2015. Kejohanan yang melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Wira ( Biru ), Satria (Kuning ), Perdana ( Merah ) dan Iswara ( Hijau ) ini juga menyaksikan penglibatan sepenuhnya pelajar Pra-U sebagai AJK yang membantu para guru sepanjang temasya berlangsung.
|
Buku Aturcara Kejohanan |
|
Sesi bergambar bersama Ketua Unit Kokurikulum, En. Akmal Busri Mohamed ( gambar tengah berbaju oren ) sebelum memulakan aktiviti |
|
Pelajar khusyuk mendengar taklimat |
|
AJK dari Unit MPPU mengambil bahagian dalam aktiviti jualan sempena temasya sukan berlangsung |
|
AJK di bahagian penyelia peserta |
|
AJK bertugas di tapak pertandingan lempar cakera |
|
Juru ukur sedia menjalankan tugas walau pun cuaca panas terik |
|
Tapak pertandingan lompat jauh. Kelihatan AJK bertugas sedang menggemburkan pasir sebelum para peserta membuat lompatan. |
|
AJK peralatan |
|
Ketibaan perasmi iaitu En. Hartawan Kannai dari Unit Akademik mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan |
|
Pengetua Cemerlang SMK Bukit Garam, En. Tan Ping Seng |
|
Pondok rumah sukan dihias cantik dengan dekorasi yang sangat kreatif |
|
Persembahan Seni Silat yang dipimpin oleh pelajar Pra-U |
|
Taklimat ringkas selepas majlis perasmian penangguhan kejohanan.
Temasya sukan kali ini menyaksikan rumah sukan Iswara berjaya merangkul johan keseluruhan, rumah sukan Satria memenangi pertandingan kawad kaki dan rumah sukan Perdana menjuarai pertandingan pondok rumah sukan terbaik.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Garam En. Aniswandy Muhammad, Pengarah kejohanan En. Wan Hasrul, Ketua-ketua rumah sukan, guru-guru, dan para pelajar yang bekerja keras dalam memastikan kejohanan pada kali ini berlangsung dengan jayanya.
Syabas dan tahniah juga kepada Ketua Unit Kokurikulum Pra-U En. Akmal Busri Mohamed, Guru-guru Pra-U dan para pelajar yang menjadi tulang belakang membantu sepanjang 3 hari temasya sukan padang & balapan ini dijalankan. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk tahun yang akan datang.
Majulah Sukan Untuk Negara.
|
No comments:
Post a Comment