PROFIL PRA-U
- Kelas Tingkatan Enam mula diwujudkan di SMK Bukit Garam pada tahun 2002 dengan pembukaan dua buah kelas aliran kemanusiaan.
- Bermula pada tahun 2009, tingkatan enam telah melalui proses penjenamaan semula dan dikenali sebagai “Prauniversiti”.
- Pada tahun 2012, berlaku peningkatan dalam bilangan pelajar yang mendaftar masuk ke Tingkatan Enam Bawah. Oleh itu pihak sekolah telah mengambil langkah dengan membuka sebuah lagi kelas aliran kemanusiaan dengan satu pilihan mata pelajaran baharu iaitu Pengajian Perniagaan.
- Sehingga kini terdapat 3 buah kelas Pra-U Tahun 1 dan 3 buah kelas Pra-U Tahun 2 telah diwujudkan dengan tenaga pengajar seramai 15 orang. SMK Bukit Garam juga merupakan satu-satunya sekolah yang menawarkan Program Pengajian Prauniversiti di daerah Kinabatangan.
No comments:
Post a Comment