Wednesday, 8 April 2015

Suntikan HPV

Pada 30 Mac yang lalu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) Negeri Sabah telah mengadakan Program Suntikan Vaksinasi Human Papillomavirus ( HPV ) untuk wanita secara percuma di sekolah bagi memudahkan pelaajr menerima suntikan ini dan mengelakkan keciciran pelajar yang layak menerima suntikan tersebut. Suntikan ini dijalankan oleh Klinik Nursejahtera Sandakan dan terbuka kepada pelajar wanita yang lahir pada tahun 1993, 1994, 1995, dan 1996.





Program suntikan vaksinasi  HPV ini akan dilakukan sebanyak 3 dos. Dos pertama pada 30 Mac, dos kedua pada 30 April dan dos ketiga pada 30 Mei.



























Tuesday, 7 April 2015

Program Mentor - Mentee

Program ini dilaksanakan dengan objektif membimbing pelajar yang terpilih agar dapat meningkatkan motivasi, keyakinan dan membantu mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2015. Program ini melibatkan seramai 22 orang pelajar dan 11 orang guru termasuk Penolong Kanan Tingkatan Enam. Setiap guru akan menjadi mentor kepada dua orang pelajar ( mentee ). 

Para mentor akan mengadakan sesi perjumpaan sekali dalam seminggu bersama pelajar. Setiap mentor dibekalkan dengan buku program yang mengandungi panduan pelaksanaan, rekod perjumpaan dan ulasan, serta refleksi keseluruhan program. Buku panduan ini perlu diserahkan kepada Penolong Kanan Tingkatan Enam untuk semakan keberkesanan program pada penghujung bulan Oktober 2015.

Semoga dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk memperbaiki pencapaian dalam peperiksaan seterusnya meningkatkan pencapaian STPM sekolah.

Buku Program Untuk Setiap Mentor

Majlis ringkas sebagai simbolik perasmian program mentor-mentee



Wednesday, 1 April 2015

Sumbangan ikhlas

Penyerahan sumbangan daripada PIBG SMK Bukit Garam kepada pelajar yang kehilangan ayah pada bulan Februari 2015. Semoga tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Hari Kokurikulum Pra-U

Hari kokurikulum Pra-U yang berlangsung pada 25 Mac 2015 dilaksanakan serentak bersama dengan aliran perdana. Pada tahun ini tema hari kokurikulum Pra-U ialah sukan tradisional. Beberapa acara sukan tradisional dipertandingkan seperti galah panjang, tarik pelepah kelapa, baling selipar, sepak raga,ketinting dan gusti lengan. Selain dipertandingkan dalam kalangan pelajar Pra-U, pertandingan yang dijalankan ini juga turut mendapat sambutan daripada pelajar aliran perdana. 

Ucapan perasmian oleh Pengetua Cemerlang En. Tan Ping Seng

Proses membuat garisan untuk permainan ketinting



Permainan galah panjang

Jalan tempurung

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Wakil daripada pelajar aliran perdana untuk permainan sepak raga



Pertandingan tarik pelepah kelapa menggantikan permainan tarik upih pinang

Penyampaian hadiah


Penyampaian hadiah

Pemenang bagi pertandingan tarik pelepah kelapa

Pn. Halizah Mohd Abbas ( kanan ) dan Pn. Izawarni Tarajen ( kiri )
Aktiviti sempena hari kokurikulum ini berlangsung dengan lancar dan selesai pada jam 11 pagi. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu medium untuk pelajar Pra-U menimba pengalaman mengurus sesuatu aktiviti dengan guru hanya bertindak sebagai penasihat. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Friday, 27 February 2015

Sukan Sekolah Kali Ke-28

Temasya Sukan Padang dan Balapan kali ke-28 SMK Bukit Garam diadakan pada 24 - 26 Februari 2015. Kejohanan yang melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Wira ( Biru ), Satria (Kuning ), Perdana ( Merah ) dan Iswara ( Hijau ) ini juga menyaksikan penglibatan sepenuhnya pelajar Pra-U sebagai AJK yang membantu para guru sepanjang temasya berlangsung. 

Pra-U SMKBG
Buku Aturcara Kejohanan


Sesi bergambar bersama Ketua Unit Kokurikulum, En. Akmal Busri Mohamed ( gambar tengah berbaju oren ) sebelum memulakan aktiviti 


Pelajar khusyuk mendengar taklimat 

AJK dari Unit MPPU mengambil bahagian dalam aktiviti jualan sempena temasya sukan berlangsung

AJK di bahagian penyelia peserta

AJK bertugas di  tapak pertandingan lempar cakera

Juru ukur sedia menjalankan tugas walau pun cuaca panas terik

Tapak pertandingan lompat jauh. Kelihatan AJK bertugas sedang menggemburkan pasir sebelum para peserta membuat lompatan.

AJK peralatan

Ketibaan perasmi iaitu En. Hartawan Kannai dari Unit Akademik mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan 

Pengetua Cemerlang SMK Bukit Garam, En. Tan Ping Seng

Pondok rumah sukan  dihias cantik dengan dekorasi yang sangat kreatif 

Persembahan Seni Silat yang dipimpin oleh pelajar Pra-U



Taklimat ringkas selepas majlis perasmian penangguhan kejohanan.



Temasya sukan kali ini menyaksikan rumah sukan Iswara berjaya merangkul johan keseluruhan, rumah sukan Satria memenangi pertandingan kawad kaki dan rumah sukan Perdana menjuarai pertandingan pondok rumah sukan terbaik.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Garam En. Aniswandy Muhammad, Pengarah kejohanan En. Wan Hasrul, Ketua-ketua rumah sukan, guru-guru, dan para pelajar yang bekerja keras dalam memastikan kejohanan pada kali ini berlangsung dengan jayanya. 

Syabas dan tahniah juga kepada Ketua Unit Kokurikulum Pra-U En. Akmal Busri Mohamed, Guru-guru Pra-U dan para pelajar yang menjadi tulang belakang membantu sepanjang 3 hari temasya sukan padang & balapan ini dijalankan. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk tahun yang akan datang. 

Majulah Sukan Untuk Negara.
















Wednesday, 18 February 2015

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2015 kepada Tuan Pengetua Cemerlang SMK Bukit Garam En. Tan Ping Seng, guru-guru dan para pelajar yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa lebih kejayaan dan keharmonian buat kita semua warga SMKBG dan seluruh rakyat Malaysia!

Monday, 16 February 2015

Program Khidmat Masyarakat

Pada 12 Februari bersamaan hari khamis yang lalu, Unit Kokurikulum Pra-U telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan surau baharu SMK Bukit Garam dan kawasan sekitarnya. Objektif program ini adalah untuk membantu pihak sekolah dalam proses membersihkan surau agar dapat digunakan sepenuhnya. Di samping itu, program ini juga diharap dapat menyemai sikap bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan pelajar. Seramai 68 orang pelajar terlibat dalam aktiviti Khidmat Masyarakat ini yang bermula pada jam 2.00 petang- 5.00 petang. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan ruang solat, membersihkan lampu dan kipas siling, menyusun bata untuk dijadikan laluan pejalan kaki, dan membuang sisa bahan binaan.

Turut serta dalam aktiviti pada hari tersebut ialah PK Pra-U ( Pn. Norliza Abdullah ), PK Pentadbiran ( Pn. Sutina Markus ), Ketua Panitia Pendidikan Islam ( Ustaz Mohd Zaidi Mustapha), Guru-guru penasihat dari Unit Beruniform KRS ( En. Ismail Ahmad ), Unit Permainan Tradisional ( Pn. Izawarni Tarajen ) dan Unit PPU ( Pn. Sarimah Durasid ). Aktiviti ini adalah di bawah penyeliaan Ketua Unit Kokurikulum iaitu En. Akmal Busri Mohamed.